Sabtu, 28 Januari 2012

...

Lemah gemalai liuk tubuhmu,
seumpama burung di awan biru,
ditiup angin menentang bayu.
   Hatimu tulus berhias permata,
   putih bersih bak mutiara,
   bersinar gemerlap dipancar cahaya.
Gemersik suaramu mendayu-dayu,
membuat hati menjadi sayu,
mengharap kuntum takkan layu,

Cinta

Cinta ...
tidak pernah berdusta,
Sayang...
juga tidak boleh berbohong,
Hanya manusia berdusta tentang cinta,
...
Hanya manusia berbohong tentang sayang,
Akhirnya akan ada hati yang terluka,
Akan ada jiwa yang tak tenang,
Kerana cinta
dan kerana sayang,
Menjadikan ramai insan yang gila bayang,
kerana cinta dan sayang yang terhalang...

Jumaat, 27 Januari 2012

..Pantai Sutera..

..Pantai Sutera..
Kulihat pada garis sendu di hati itu,
Kulihat resahnya terbendung syukur,
kulihat senyumnya bersimpuh sayu,
Kerana itu adalah riwayatnya,
...
Seumpama cerita seribu satu malam,
Bercahaya matanya tersembunyi cerita,
Itulah dia seorang wanita hatinya seumpama pantai sutera..
(Draf novel yang cuba ku pertaruhkan...)


Jika kau ingin melakukan perubahan, janganlah kau merasa takut dengan apa yang ada di hadapan, tapi anggaplah kau seorang pejuang di medan pertempuran....
(Ilham seorang watak dr draf novel Pantai Sutera...)

sekadar suka-suka

Berlagu hati senyum menawan,
Bermadah gurindam tertawa mesra,
Berpantun seloka mengerat ikatan,
Puisi nan indah berentak irama,
Sajak berbait bunga di taman,
...
Cinta dan sayang tanda bahagia,
Semoga kekal tiada sengketa

Isnin, 23 Januari 2012

Kisah Cinta Dahulu Kala

Inginku nyatakan sebuah kisah, sebuah cerita tentang cinta, untuk diriwayatkan pada semua walau hanya sebaris kata.
Kisah cinta yang tidak pernah menanti Fatimah Az-Zahrah dan Saidina Ali,
Kisah cinta Majnun menggilai Laila sehingga gembala kambing tiada bernama,
Ifraitsim dan Misya tanda cinta syahduh Zulaikha pada Yusuf,
Kisah pengorbanan dan tragedi cinta Romeo dan Juliet,
Kisah dewi Aphrodite dan ujudnya Venus dan Cupid dewi dan dewa cinta,
Segalanya bermula dari kisah cinta pertama Adam dan Hawa...!

Sekadar Fantasi..

Sebuah cerita di puncak gunung kinabalu, seorang insan menawan cantik sekali, duduk di kampung bertembok batu, dihiasi pohon2 pakis dan haruman orkid liar, menatap sayu dari jauh sehingga hasratnya tertuju padu, ingin mencari seorang teman untuk berbicara mesra agar jangan disalah takrif, bersuaka di tengah hutan belantara bertemankan alam dan fauna...

Ahad, 22 Januari 2012

Pertahankanlah seni ini

Gurindam digubah mengalun irama, sebaris kata mencuit rasa, seni berzaman peninggalan budaya, sebuah khazanah tiada ternilai harganya...
Pantun dibait berangkap dua, pembuka kata bersulam seni, pembayangnya indah alam semesta, maksud dikait tanpa celanya, jawapan diberi berbudi bahasa.

Isnin, 2 Januari 2012

corat coretku

Setiap kita ada cerita... setiap cerita ada kesudahannya tapi bagaimana pula dengan sebuah catatan yg tiada tarikh permulaan dan tiada pula tarikh penutupnya...?