Rabu, 29 Februari 2012

Suatu ketika dahulu

...Bagaikan sebuah cerita wayang, dua keping kertas dengan catatan lalu digulung rapi dan disimpan di dalam botol kaca kemudian di tanam di bawah pokok di tepi pantai.....Tapi ternyata aku sendiri sudah terlupa di mana pokok itu?

Selasa, 21 Februari 2012

Sesingkat Kenangan


Makan jambu di atas bukit sambil memandang laut terbentang,
Menguis pasir di balik batu-batu di tepian pantai,
Berlari-lari anak menuju ke sekolah Tg Papat,
Menjerit riang melaung kuih pengganan jagung ssepanjang jambatan,
... seplastik batu krikil kukutip bersama kayu aiskrim yang terbuang,
menjadi kenangan dalam mendakap pengetahuan,
Menyusup di bawah kolong menjelang maghrib,
Makcik berdiri rotan di tangan,
Air mata mengalir menatap ke depan,
Sumpah tak nak lagi jalan-jalan,
Kelak datang nenek kebayan,
Suka bersama atok naik bot ke lautan,
tetap ku kenang sepinggan nasi berlauk ikan,
walaupun sesingkat kenangan bersama nenek dan atok tersayang,
Semoga roh kalian bersama orang-orang yang beriman....Amin

Selasa, 14 Februari 2012

Tuhan lagi tahu....

Apa lagi yang kau inginkan? Saat itu nanti baru kau akan mengerti mengapa Tuhan tidak pernah memenuhi permintaan mu ketika itu sehinggalah akhirnya kau tersedar bahawa DIA sebenarnya lagi memahami semua kehendak mu dan tanpa sedar DIA juga telah menunaikan semua permintaanmu di kemudian harinya...

Sejelasnya...

Sejelasnya ku cuba melukis sebuah catan,
untukku lakarkan sebuah perhiasan,
menjadi suatu kenangan,
lalu tak mungkin dilupakan....
Sejelasnya ku cuba mengapai bintang,
menjadi sebuah keronsang,
lalu bercahaya sinar gemilang....
Sejelasnya ku cuba bermadah puisi,
untukku jadikan bunga di hati,
menjadi satu kekuatan di sanubari,
lalu kuabadikan kasihnya Illahi....

Sabtu, 11 Februari 2012

Jangan terus...

Sedetik itu ada yang berubah,
Sedetik itu juga ada yang berlalu,
Sedetik itu pasti ada yang merana,
Sedetik itu juga pasti ada yang terluka...
Namun jangan pula kau terus berubah,
... Namun jangan juga kau berlalu,
Bahkan jangan pula kau terus merana,
Bahkan jangan juga kau terus terluka...

Sabtu, 4 Februari 2012

Kesayup hati...

Di sinilah jejakku bertapak, di sini jugalah hatiku terpahat. Meski dinginya bayu tidak dapat menyejukkan hangatnya mentari kerana di sinilah kepulanganku seumpama sang camar menatap jauh di pergunungan...!

Kesayup hati...

Di sinilah jejakku bertapak, di sini jugalah hatiku terpahat. Meski dinginya bayu tidak dapat menyejukkan hangatnya mentari kerana di sinilah kepulanganku seumpama sang camar menatap jauh di pergunungan...!

Jumaat, 3 Februari 2012

Pantun Seloka

Kalau dipandang pada ombak, sekali pandang girang hatinya,
kalau direnung pada pantai, sering timbul rasa sayunya.
Andai didengar kicauan burung, sekali terdengar umpama lagu-lagunya,
andai dilihat pada sangkarnya, terusik jiwa terkurung resah.....!


Kanak-kanak suka baibun,
Katam belusir dibubut obor-obor,
Kita berseloka riang berpantun,
Jangan marah kita cuma berhibur..



Indah menawan kerana bintang,
hari-hari melihat bulan,
jangan merayu kepunyaan orang,
kelak sepi menanggung kerinduan....

... Buah tarap dan buah rambutan,
ikan bakar makan gan kuah asam,
sebuah cerita mengusik perasaan,
jangan dikenang jangan tia berdandam..
buah tarap buah durian, rasany sedap jika dimakan, cerita lalu jangan dilupakan, simpanlah ia sebagai kenangan...
29 January at 17:43 · 
  • Arm Land d awal pagi pegi tuaran,trkena embun dingin terasa,siksanya diri dlm krinduan,bginilaa jadahnya virus cinta......
    29 January at 19:31




  • Roslan Anuar Indah menawan langit berbintang,mula bersinar sedari petang, setia menanti rang bulan datang..Bukan nak rayu kepunyaan orang, izinkan sekadar mata memandang, sebelum hati kupujuk pulang......
    29 January at 21:28 · 


  • Ramlah Abd Rasid Roslan Anuar ...Aduhai sedapnya pantun tuan, lebih sedap dari kopi secawan, di lubuk hati merasalah segan, sebab pantun hamba sekadar dipinggiran...hihihi
    29 January at 21:51 ·


  • Roslan Anuar Kopi dibancuh dalam belanga, diminum perawan diwaktu senja, sambil menanti paduka raja... Pantun puan tak kurang hebatnya, andai dibaca menjadi tanya, andai difahami meruntunlah jiwa.....
    29 January at 22:40 · 


  • Mohd Hairun Bin Ibrahim ombak beralun diwaktu senja
    mentari menyinsing diufuk timur
    hati merintih ingin dimanja
    ................................

    30 January at 00:52 · 



  • Roslan Anuar Ombak beralun diwaktu senja, mentari menyinsing diufuk timur, hati merintih ingin dimanja, APA KANDAYA KASiHKU HANCUR.
    30 January at 13:28 · 



  • Ramlah Abd Rasid Roslan Anuar, Mohd Hairun Bin Ibrahim... Ombak beralun diwaktu senja, Mentari menyinsing di ufuk timur,Hati merintih ingin dimanja, kasih sayang takkan luntur...
    30 January at 19:26 · 


  • Mohd Hairun Bin Ibrahim hati merintih ingin dimanja,
    kasih sayang tak akan luntur,
    hubungan diikat subur dibaja
    tapi sayang tak boleh bertutur...





  • Pantun merajuk...hihihi
    Waktu malam bulan mengambang,
    Makan nasi ikan kembung,
    Apa khabar orang di seberang?
    Sudah dilupakah saya di kaki gunung?
    ...
    Bunga mawar tumbuh berduri,
    Berduri namun mekar mewangi,
    Hai takkanlah terus menyepi diri,
    Saya di sini setia menanti...





    • Mohd Azli Ghani Pantun memujuk..
      Pasir Di Pantai Putih Berseri
      Putih Di Sinar Cahaya Rambulan
      Orang Di sini Dah Lama Menanti
      Kapan sdri mahu bertandang..:)

      9 hours ago · · 2

    • Salina Joebeng X payah le cikgu menanti kat gunung 2. Tak larat dah org yg di nanti tu naik gunung... Hehehe.
      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Salina Joebeng....hihihi...kena baca betul2 tu syg oii.. takkanlah di kaki gunung pun tak larat hehehe... ♥
      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Mohd Azli Ghani.... Pantai Merang terletak di Trengganu, Trengganu bumi indah dan permai, Betulkah sdr lama menunggu, aduuh tersentuh hati terasa damai sekali...
      8 hours ago · · 1

    • Mohd Azli Ghani Kencana Dewi Nama Di Beri
      Mengalun Lagu Lunak Dan Merdu
      Kita Di Sini Senantiasa Menanti
      Tetamu Di Sanjung,Tetamu Di Alu..:)

      8 hours ago · · 1

    • Roslan Anuar bintang berkelip bulan mengambang,cahaya bersinar berseri seri,penyakit rindu telah menyerang, orang disana sentiasa dihati.
      8 hours ago · · 2

    • Roslan Anuar bunga mawar tumbuh berduri.dipetik gadis sambil berlagu,bukan hamba menyepi diri,cuma sekadar tidak mengganggu.
      8 hours ago · · 1

    • Mohd Azli Ghani hehe..canteek tu..bls Cikgu Ramlah...sy jadi pmerhati pun tak apa..:)
      8 hours ago · · 1

    • Siti Zubaidah Anak dara termenung di tangga, menanti si teruna tak kunjung tiba, walau tidak dapat bersua muka, bertemu di fb bertambah mesra.
      8 hours ago · · 2

    • Ramlah Abd Rasid Mohd Azli Ghani...haiii takkan adah berhenti kot...hihihi
      8 hours ago · · 1

    • Mohd Azli Ghani Pulau Kapas Cantik Berseri
      Airnya Biru Mengalir Ke Kuala
      Biar Saya Jadi Refree
      Kalah Menang Tak Ada Piala...hehehehehe..

      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Siti Zubaidah.... Siti Zubaidah namanya indah, tidak kalah si rupawan Zulaikha, ber FB tidak bersua muka, namun di hati sudahlah suka... hihihi
      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid aduuuuh jenu aku membalas pantun ni...hihihi
      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Roslan Anuar....Galah bukan sebarang galah, galah dibuat dari bambu, indah sungguh madah berbunga, orang di sini tersipu-sipu...hihihi
      8 hours ago · · 1

    • Mohd Azli Ghani Niat Di Hati Nak Peluk Gunung
      Gunung Bernama Si Kinabalu
      Usah Di Fikir Jangan Di Tenung
      Cikgu Ramlah p minum dulu...hehehehe

      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Mohd Azli Ghani...Burung tekukur si burung kenari, Burung pipi makan padi, sdr azli marilah berpantun sekali, takkan cuma nak jadi juri..
      8 hours ago · · 1

    • Mohd Azli Ghani Dari Miri Ke Kota Belud
      Orang Iban Dari Sarawak
      Bukan Hamba Rajuk Merajuk
      Sekadar Nak Tengok Si Raja Lawak....(jam 10 nanti...hehehe..)

      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Roslan Anuar, Mohd Azli Ghani, Siti Zubaidah...Burung hantu nyaring berbunyi, berbunyi pula di malam hari, nak rehat dulu badan dah letih, kita sambung pantun di lain hari... ♥
      8 hours ago · · 1

    • Ramlah Abd Rasid Roslan Anuar, Mohd Azli Ghani, Siti Zubaidah...Burung hantu nyaring berbunyi, berbunyi pula di malam hari, nak rehat dulu badan dah letih, kita sambung pantun di lain hari... ♥
      8 hours ago ·
    • Siti Zubaidah Zulaikha tak dapat ditandingi, kearah itu harus dicari, hilang dimata tidak dihati, hadirmu disini tetap dinanti
    • Siti Zubaidah Malam-malam mencari nuri, nuri tertidur didahan bambu, berbalas pantun dimalam hari, haii ramm ct pun nak rehat dulu.
    • Mohd Hairun Bin Ibrahim terbang merpati dipohon dedalu
      harum semerbak sibunga tanjung
      terus menanti hari berlalu
      harapan mu sayang tetap kusanjung




  • Pantai Sutera

    Ada tangis mengundang sedih, ada rindu yang tidak pernah menyepi, ada sayang di dalam hati, mungkinkah ditemukan denganmu wahai kekasih, walaupun hanya di dalam mimpi...!