Selasa, 27 Disember 2011

Selayaknyakah....?

Ku cuba mengetuk pintu kasihMu...
Namun aku tidak terdaya..
Ku cuba mengukir ruang hatiMu...
Namun aku tidak upaya..
Ku cuba mengubah puisi cintaMu...
Namun tangisanku tidak terhenti..
Ku cuba melakar syair gurindamMu...
Namun aku jadi terlalu cemburu..
Selayaknyakah aku di matamu, selayaknyakah aku di hatimu...?
...
Aku jadi seorang yang pemalu pada insan yang selayaknya  untukMu..
Kerana dalam wiridku kadang aku jadi terlena..
kerana dalam zikir qalbiku kadang aku jadi terlupa..
meskipun aku tidak mampu mendakap kurnia waridmu..
namun jangan kau cabut SirMu dari hatiku..
jangan kau sasarkan kasihMu dari kalbuku...

Isnin, 26 Disember 2011

Sekadar Ingatan

Di setiap penjuru aku meminta...
Semoga Kau mendengar setiap doa ku...
Walau tak mampu ku dapat kurnia waridMU..
Kerana kadang aku terlena dalam zikir qalbiku..
Kadang aku juga terlupa pada suatu Hakikat..
Namun jangan Kau sasar aku dari SirMU..
Jangan Kau lontar aku dari KasihMU...

Khamis, 15 Disember 2011

..Bukan satu kebiasaan...

...Mungkinkah pelangi akan muncul
meskipun hujan belum berhenti?
...Mungkinkah cuaca akan cerah
meskipun kilat masih sambung menyambung?
itu bukan lagi satu kebiasaan,
...
seumpama memujuk seorang lawan,
merujuk kembali pada sang kekasih,
seakan menjadi pak pandir,
seumpama kerbau ditarik hidung

hanya menanti satu jawapan,
dengan harapan aku telah memaafkan,
seikhlasnya kalian telah menyakitkan di lubuk hati,
pada wanita yang kau katakan sayang
tiada langsung terfikir soal perasaan...!

Rabu, 14 Disember 2011

Ku pandang awan


Di balik awan pagi,
bersiulan punai dan tekukur,
ketitir pula tersipu-sipu,
dan datanglah si warna-warna,
menari-nari menikmati haruman mawar.
...
Hati tertawan melihat sekalian alam,
alangkah permai dan damainya cita,
bersenandung dan menyanyi-nyanyi riang,
seakan mengkhabarkan pada dunia,
mentari pasti akan bersinar,
bulan juga akan bercahaya...
tapi aku masih merenung awan....

Cerita di Teluk

Sebuah cerita di Tg Batu,
Kutitipkan rindu di Teluk Marudu,
Terjinggah-jinggah melihat gamat bersatu,
Melihat ikan bermain di hujung jemariku,
  Ketika janji sumpah setia berpadu,
...
sambil memandang suria pagi yang malu,
akhirnya hilang dibawah bayu,
detik itu jugalah segalanya menjauh...

Isnin, 12 Disember 2011

Corat-Coret

Kadang-kadang kita terleka..dalam suka pasti ada duka...dari duduk bermuram durjah...lebih baik kita membaca....boleh juga tambah ilmu di dada...Bak kata pepatah... seumpama resam padi... semakin berisi menunduk ke bumi..!

Khamis, 8 Disember 2011

Mengapai rasa...

Rinduku pada tidak berwajah,
Kasihku semai dari sebuah cita,
Sayangku sehangat sinar mentari,
Cintaku tuai sampai ke mati...

Redha kasih sayang MU...

... Redha aku dalam senyuman,
Meskipun di hatiku ada rindu dan tangisan ,
Namun namaMU takkan pernah ku padam,
Kerana Kaulah Kekasih Kaulah Teman,
Menemani aku siang dan malam... !
...

...Allah Hu Ya Zahiru...
Kulihat ukiran atas naskahMu,
Kudengar bisikan di bening waktu,
Lalu ku semat rapi ke dalam kalbu...!

Sabtu, 3 Disember 2011

Corat-coretku

Semoga aku diberikan kekuatan untuk menghasilkan karyaku ini... Novel Cinta Teluk Membatu.
Sebuah kepayahan hidup masyarakat negeri di timur Sabah. Menjadi satu inspirasi untuk Sarah meneruskan kehidupannya yang dirasakan penuh dengan kesengsaraan dan kepedihan. Sehinggalah dia merasakan segala ujian yang dia terima merupakan satu tanda kasih sayang yang tidak terhingga dari Tuhan. Cinta yang dia cari rupa-rupanya telah lama berada bersamanya....!


...Aku kenali kau bukan sekadar seorang teman tapi aku juga kenali kau sebagai seorang sahabat... Tapi jangan kau paksa aku untuk menjadi seseorang kerana tiada siapa yang tahu apa yang ada di dalam hati aku pada masa akan datang.... !

Tersenyum riang.....?

Aku sudah katakan,
aku juga telah setuju,
aku  tidak membantah,
malah aku merasa syukur
andai segalanya menjadi kenyataan,
pasti aku akan tersenyum riang...
walaupun mungkin aku menangis di dalam diam,
aku berdendang di dalam kamar hati,
aku bergurau di dalam mimpi,
bahkan aku akan meratap bahagia,
kala semuanya itu menjadi pintamu,
demi kebahagian yang tersayang,
aku akan tersenyum riang...

Mungkinkah ada ...

Kala ingin aku meneruskan jalanku,
aku tersandung entah berapa kali,
aku tersungkur juga entah ke berapa,
aku terluka juga belum sembuh-sembuhnya,
namun kenapa aku masih ingin,
untuk terus melangkah ke hadapan,
sedangkan aku tahu aku sudah tidak terdaya,
menahan segalanya menjadi carik,
membuat benteng dari pasir,
melontar bisikan halus yang menyengat telinga,
memintal segala keperitan menjadi penawar.

Mungkinkah ada 
sebuah pengharapan untuk aku...

TakdirNYA

Jika ini takdir cinta
aku bersyukur pada rahmatMU
meski kasih terikat cinta
namun penentunya adalah takdirMU....

Andai takdir ini penentu kita
ku pohon moga dikau mengerti
sebuah hakikat satu percintaan
bermadah puisi lakaran jiwa....

Cinta bersatu di dalam kalbu
tidak dapat dicantas walau berkali
kerana mukjizat anugerah Ilahi
terbatas bersama amalan abadi
andai ini adalah takdirNYA
dalam sebuah kisah cinta
akan ku terima seadanya

Khamis, 1 Disember 2011

Keratan Akhbar...

Keratan Akhbar


Keratan Akhbar

Keratan Akhbar...

Keratan Akhbar...

Keratan Akhbar...

Keratan Akhbar...

Keratan Akhbar..

Keratan Akhbar

Keratan Akhbar ..

Keratan Akhbar ...

Keratan Akhbar...

Aku Bukan Mahsuri

( Sebuah kenangan kala aku mencari-cari salahku ....) satu catatan dalam dairi 21/07/96 ( 5.40 pm) KK


Mampukah aku menjadi mahsuri
atau akukah berdarah mahsuri
ataukah aku antara seterumu mahsuri
lemas dalam pelbagai cabaran
terkujur kaku seolah-olah nafasku tersekat
tersimbah seribu kebencian
kedegilan nafsu di kalbuku yang kelam.

Di mataku hanya terpancar prasangka
pada mereka yang mengkhianat jiwa dan perasaanku
bagai mengoyak jiwaku yang mulai kosong
angkara kata-kata kesat
yang dulunya memuji-muji kebaikkanku
dan kini memaki hamun keburukkanku
kerana kasih yang tidak diundang
tiba-tiba datang menerpa
antara dua insan
dengan sebuah senyuman
dengan seribu keikhlasan
pada diriku yang rasa diabaikan
tapi mampukah aku menjadi sepertimu Mahsuri
seorang wanita yang gagah
seorang wanita yang hampir sempurna.

Wajarkah aku menjadi Mahsuri
tidak pula mampu menolak segala kata-kata kesat
dari manusia berjiwa keparat
bagai menolak keladak dari rimbunan teratai.

Mengapa aku tidak sepertimu Mahsuri
setia pada sebuah cinta
jujur pada satu ikatan
meskipun kasih itu semakin hambar dan menyepi
dibohongi dan diracuni perasaannya
seumpama tiada haruman dari sakura dan mawar merah.

Andai aku sepertimu Mahsuri
akanku abadikan sumpahku
pada tujuh keturunan kerabat
yang menghancurkan sebuah kehidupan
dan menyiat-yiatkan kebahagianku
lalu dilambung bagai debu diawangan
berserak tidak ketentuan,

Tapi aku bukanlah Mahsuri
aku wanita yang lemah dilanda rasa
terlalu payah menerima sebuah hakikat
kerana aku bukanlah berjiwa sepertimu Mahsuri
seorang wanita yang begitu berani....      

....Permulaan ku...

..KETIKA bersatunya cahaya dan kesamaran. Bertemulah satu garis dimensi sehingga dua dunia menjadi satu meski pun tiada siapa yang tahu kerana cinta disemai tanpa sedar......  Dan ketika terpisahnya cahaya dan kesamaran,  wajah kekasih kian menghilang dibalik haruman melur dan kuntuman mawar ketika wangian kasturi memenuhi ruang udara.... Tiba-tiba kerinduannya menyapa lalu hatinya menjadi terlalu sayu....

Ketika Itu Kanda

Ketika itu kanda
seorang aku meniti jalan ini
di bawah sinar sekuntum senyum
sewaktu suria malu
menyaksikan sang camar bermadu.

Ketika itu kanda
aku terus meniti jalan ini
sewaktu mentari memancar
dengan sebuah cahaya bersinar
menyaksikan perahu mula belayar.

Ketika itu kanda
aku akur meniti jalan ini
sewaktu jingga di mega
dengan senja di horizon
menyaksikan camar meniti awan
sedang perahu dipangkalan.

Ketika ini kanda
aku terus akur meniti jalan ini
menanti jalur tujuh warna
walau tiada titisan hujan
namun jejak kita kian hilang
dan jelasku dengar dendangan lagu cinta kita
bersama bait-bait puisi
memecah di tengah samudera
membawa rindu pada hatiku yang sendu...

Ingin Aku Katakan...

Teman,
Ingin aku katakan
akulah puteri camar
yang mahu menari mengikut rentak
bersama gesekkan biola lama
diiringi geral alunan ombak
seolah-olah mengajak pantai bersenda
menunggu nakhodaku tiba.

Teman,
Ingin aku katakan
akulah puteri bayan
aku mahu menari mengikut rentak
bersama mersikkan seruling bambu
diiringi gerak dedaun du rimba
seolah-olah mengajak punai berdendang
menunggu satriaku datang.

Teman
Ingin aku katakan
akulah puteri kesayuan
aku mahu menari mengikut rentak
menghilangkan rasa sendu dan rindu
pada nakhoda juga satriaku
yang datang bersama biola lama dan seruling bambu
mengajak aku menari mengikut rentak walau tanpa lagu..