Khamis, 1 Disember 2011

Ingin Aku Katakan...

Teman,
Ingin aku katakan
akulah puteri camar
yang mahu menari mengikut rentak
bersama gesekkan biola lama
diiringi geral alunan ombak
seolah-olah mengajak pantai bersenda
menunggu nakhodaku tiba.

Teman,
Ingin aku katakan
akulah puteri bayan
aku mahu menari mengikut rentak
bersama mersikkan seruling bambu
diiringi gerak dedaun du rimba
seolah-olah mengajak punai berdendang
menunggu satriaku datang.

Teman
Ingin aku katakan
akulah puteri kesayuan
aku mahu menari mengikut rentak
menghilangkan rasa sendu dan rindu
pada nakhoda juga satriaku
yang datang bersama biola lama dan seruling bambu
mengajak aku menari mengikut rentak walau tanpa lagu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan