Sabtu, 17 Mac 2012

Kenangan bersama atok dan nenekku

Ketika aku berfikir pasal harimau dan babi hutan tiba-tiba aku terdengar ranting dan daun-daun kering dipijak, cepat-cepat aku berlari mencari atok yang sedang menoreh getah... " Ramlah lain kali punggut biji getah jangan seorang, bawa auntie mu sekali." Aku masih tercunggap-cunggap tapi tanganku pantas sahaja mengira biji getah yang aku kutip tadi sambil menunggu atok habiskan bekalan yang aku dan auntie Ming bawa tadi. Sesekali aku juga akan mengikut atok dan nenek ke bendang mengalihkan semaian padi sambil mencari buah tarap dan buah mata kucing. Teringat bila cuti sekolah aku mesti balik kampung berjumpa dengan arwah atok dan nenek... Banyak kenangan aku bersama mereka.
Teringat bila cuti sekolah aku mesti balik kampung berjumpa dengan arwah atok dan nenek... Banyak kenangan aku bersama mereka.

      Memukul kulit kayu bakau yang dijadikan kayu api, sesekali mengikut ke sawah dan kebun getah, menaiki sampan menyusuri sungai untuk menangkap udang dan ketam..paling tak dapat dilupakan bila setiap kali balik raya mesti mandi di sungai...Teragak-agak memijak selut di tebing dan menggigil bila jirusan air menyentuh ke tubuh. 
       
      Aku tidak pernah menyesal mempunyai atok dan nenek yg serba kekurangan harta benda bahkan aku bangga dengan kemewahan kasih sayang yang mereka berikan pada aku... Bah kan aku bangga menjadi cucu pertama bagi mereka..!
       
      Tiada lagi kuih sepit, bahulu dan asam bambangan Tiada lagi gurauan, pantun dan petua-petua dari nenek... dan yg tak dpt aku lupakan bila atok mencari aku di rumah makcik J risau sgt atok entah sampai berapa kali dia pegi balik ke rumah makcik J bertanya tentang cucunya ini. Aku betul2 rindukan mereka..!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan