Rabu, 14 Mac 2012

Si Penangkap Kunang-kunang

Ketika malam bersulam rindu. Irama cengkerit menjadi satu.... Wahai bulan, hailah bintang, janganlah berlindung di balik awan. Kelak gelitalah seluruh alam. Kesian si pungguk pula merasa rawan. Caaaaaak...! Aku di sini di balik pokok berembang di tepi paya cuba menangkap si kunang-kunang begitu riang menari-nari bagai tak hirau suasana malam... Haaaa' ada pun pengganti si bulan dan si bintang....! ( Si penangkap Kunang-kunang )
Di tepi sungai di atas jeti inilah si penangkap kunang-kunang terus menunggu waktu senja. Sehinggakan masyarakat mula mengelarnya si Laila Penangkap Kunang-kunang kerana gilanya juga mengalahkan kisah Laila dan Majnun. Ditangkapnya kunang-kunang masuk ke dalam botol lut sinar sambil dia menari-nari dan menyanyi-nyanyi Lagu Kelip-kelipku Sangka Bintang. Namun dalam kegilaannya ada sepasang mata redup mengintainya dibalik pokok berembang...!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan