Isnin, 28 November 2011

Apa sebenarnya?

                  Perjalanan kuteruskan.
            Meskipun tiada jawapan dari semua perasaan.
            Walaupun tiada butir kata yang diungkapkan
            Semakin jauh perjalanan ini semakin hati bertanya...
         
   Apa sebenarnya?
   
  Aku cuba mendapatkan jawapan dari semua  persoalan.
          Namun tak terdaya pula aku menangkis kemungkinan..
          Seandainya semua ini hanya gurauan ..
          Akan ku cuba meleraikan setiap butir senda..
                            
   Apa sebenarnya..?
   dari setiap perasaan,
   dari setiap jejak,
   dari setiap tingkah
   dan dari setiap butir kata...
   segalanya terbiar tanpa jawapan.. 

   walaupun ku pasti semua jawapan ada di sana...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan