Isnin, 28 November 2011

Kau tetap di hati...

Ketika insan lain lena dibuai mimpi indah,

aku berdiri merenung ke langit malam,

diterangi bulan dan bintang berkelipan,

betapa rasa rindu tidak keruan.

Ketika insan lain lena dibuai mimpi,

aku terus mencari-cari,

kenapa aku rasa kekosongan?

dan aku rasa begitu keseorangan?



Itulah yang selalu bermain dibenakku

meski wajah mu tidak pernah ku tatap

meski sekujur tubuhmu tak pernah ku lihat

namun kau tetap di hatiku

namamu sering bermain di bibirku

Nur kasihMu terusku rasakan.



Sayangilah aku seadanya Ya Allah,

Belailah aku dengan rasa syahduh MU,

Rinduku tidak tertanggung kerana kasih MU,

Senduku saban hari tanpa tangis,


Kau tetap di hatiku,

Kerana ku tahu Kau juga menyayangi aku,

Kau selalu mengingatkan aku,

Dengan segala ujian dan dugaan Mu,

Meski jasadku tidak tertanggung,

Namun naluriku semakin cuba kugagahi,

kerana ku tahu Kau pasti mengasihani aku.

Biarlah apa orang lain kata,

Biarlah apa yang mereka ucapkan,

kerana ku tahu Kau juga Kekasihku,

kerana ku tahu Kau tetap di hatiku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan