Rabu, 30 November 2011

Irama Tanpa Suara...

Kususun irama suara
di dalam satu rangkap
namun terdengar sumbang pada liriknya
ku cuba mengabadikan untuk tatapanmu
agar dapat mempersonakan hatimu
seperti seorang penyair pujangga.

Bagaimana ku susun
Irama tanpa suara
untuk kau menghayati dan mendengar
sedangkan aku tidak mampu
berbicara lembut dan lunak
apatah lagi memuji seorang insan
kerana aku bukan penulis syair yang indah
apa tah lagi berpuisi cinta.

Aku cuba mengatur irama tanpa bicara
sambil cuba ku membayangkan wajah
walau belum  mampu ku cipta
sebuah irama bernada
namun kalbuku mampu bersuara.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan